Mana Satu Yang Betul?...1/3/13
Nanoteknologi? Teknologi nano??? Ah...ini penjelasannya:
Nanoteknologi - satu bidang kajian atau pengajian yang melibatkan kegiatan/teknologi yang bersifat nano
Teknologi nano - lebih menjurus kepada peralatan ataupun hasil daripada bidang kajian tersebut...ataupun kita juga boleh menggunakan istilah alat ciptaan/peralatan teknologi nano
Bidang ini telah mula diterokai pada tahun 1959 namun tidak mendapat perhatian ramai sehinggalah pada penghujung era 90an. Kemudian pada awal Y2K pula..barulah istilah ini dicanangkan ke sana dan ke sini...
Oleh itu, istilah nanoteknologi boleh dianggap sebagai masih agak baharu dan oleh itu tidaklah sesuai untuk dibandingkan dengan istilah BM lain yang telah pun mantap konsepnya dari hukum DM. Memang kita sedia maklum bahawa hukum tersebut menyatakan dengan jelas...yang diterangkan (D) mesti dihadapan dan yang menerangkan mesti dikemudiankan (M)..namun sekiranya kita meninjau dan meneliti dengan lebih mendalam..memang terdapat beberapa perkataan yang menyalahi hukum tersebut:
1) Istilah "Perdana Menteri".....sememangnya istilah ini tidak mengikuti hukum DM namun adalah tidak sesuai kita membandingkannya dengan istilah "nanoteknologi" kerana istilah "Perdana Menteri" telah pun wujud berkurun lama sedangkan istilah "nanoteknologi" baru sahaja diperkenalkan secara galak pada penghujung era 90an/awal Y2K. Cuba anda fikir-fikirkan....dalam masa beberapa tahun ataupun dekad lagi, istilah "nanoteknologi" akan diterima umum dan diterima pakai lantaran sudah dianggap sebagai perkataan "yang biasa dan lazim digunakan". Oleh itu, janganlah menghukum sesuatu "istilah" tersebut hanya kerana istilah tersebut masih "baharu di pasaran".
2) Istilah "nanoteknologi" merupakan satu istilah atau "jargon" sains. Umpamanya.."biochemistry" ialah biokimia iaitu satu bidang kajian/pengajian....iaitu satu kajian tentang bahan kimia yang terdapat dalam bidang/unsur hidup (lebih kuranglah ya...). Oleh itu, bukan semua bidang kajian sains dapat diterjemahkan ke dalam BM mengikut hukum DM tersebut.
3) Anda ingat istilah hydroelectric? Dalam Bahasa Melayu ialah hidroelektrik bukan? Oleh itu....ingatlah bahawa sesetengah perkataan akan menjadi "mantap" dan dianggap sebagai betul dalam dunia hukum DM kerana sudah bertapak lama di muka bumi ini...berikanlah peluang kepada istilah "nanoteknologi" untuk bernafas di muka bumi ini.... hehehehe =))
Oleh itu..pendapat saya ialah...sekiranya pelajar menulis......
1) Pada alaf/era/zaman nanoteknologi = pada zaman yang menjurus ke arah kajian yang bersifat teknologi nano....
2) Pada alaf/era/zaman teknologi nano = pada zaman yang menjurus ke arah ciptaan teknologi yang bersifat nano = pada zaman yang menjurus ke arah ciptaan teknologi nano.............
Sekiranya pasti....bolehlah gunakan.....sekiranya was-was...tak sedap hati...janganlah...ingat...biar berpada-pada, jangan mengada-ngada..=)
Kamus...18/2/13
Kamus...ahhh...penggunaan kamus dalam kehidupan kita. Masalahnya: kadang-kala kamus ni bukannya boleh dipercayai seratus peratus..banyak istilah yang tidak betul dari sudut tatabahasa dan konteks penggunaan "dimasukkan" ke dalam kamus. Pelajar haruslah ingat bahawa kamus ialah alat yang digunakan untuk merekod segala jenis perkataan yang wujud dan pada kebiasaannya digunakan dalam kehidupan seharian tanpa dinilai dari sudut "betul atau salah tatabahasanya". Oleh itu, pendapat saya yang tidak seberapa ini ialah:
1) Kamus boleh digunakan sebagai bahan rujukan dalam konteks mengetahui makna sesuatu perkataan/memahami makna sesuatu perkataan....NAMUN..
2) Kamus tidak dapat digunakan sebagai bahan rujukan dan bahan pengajaran yang SAH DAN YAKNI BETUL YAKNI HEBAT lantaran kesahihan dari aspek tatabahasa dan kesesuaian mengikut sesuatu konteks penggunaan amatlah disangsikan. Cadangkan: Sekiranya pelajar benar-benar ingin memahami kesahihan sesuatu konsep...rujuklah pakar-pakar dan pelbagai sumber...antaranya ialah Buku Tatabahasa Dewan dan juga Pelita Bahasa.
Malangnya, kita sering kali melihat bahawa terdapat sesetengah pihak yang menggunakan kamus sebagai "senjata" untuk menegakkan benang yang basah ataupun untuk "mempertahankan diri". Apabila ingin mengatakan dirinya betul - maka disuruhnya anak sasian merujuk kamus dengan alasan mudah bahawa "kamus menyatakan sedemikian rupa dan sesuatu perkataan/makna tersebut tertera dalam kamus". Sebaliknya apabila ingin menafikan/menyangkal sesuatu - dikatakan pula bahawa "kamus tidak boleh dipercayai seratus peratus". Akibatnya anak murid menjadi keliru dan takut.
Pendapat saya ialah:
1) Memang benar, kamus ialah "bahan asas" untuk menerangkan sesuatu perkataan..memberikan makna...
2) NAMUN INGATLAH BAHAWA - apabila ingin menggunakan sesuatu perkataan - haruslah dirujuk menurut konteks penggunaan dan sebagainya. Sekiranya semua perkataan dalam kamus boleh digunakan dan dianggap sebagai sesuai...senanglah untuk menghasilkan kertas soalan dan senanglah pula pelajar untuk menjawab kertas soalan!
Oleh itu, buka minda...jangan hanya terus melihat kepada satu aspek atau satu sumber sahaja....berikan ruang untuk menilai dari pelbagai sudut dan mempertimbangkannya dengan akal budi yang telah dianugerahkan oleh Tuhan.
Oklah untuk hari ini, izinkan saya untuk berkongsi tentang perkataan mundar-mandir. Ah...perkataan yang kerap kali disalahgunakan malahan menjadi isu kekeliruan dalam dunia pendidikan.
Kamus menyatakan bahawa: mundar-mandir = ulang-alik = bolak-balik. Namun wujudnya sedikit perbezaan antara ketiga-tiga patah perkataan tersebut dan haruslah difahami konteks penggunaannya:
Mundar-mandir : pada kebiasaannya melibatkan perasaan....sama ada perasaan @ jahat....sedih, risau dan sebagainya. Contoh:
1) Ali mundar-mandir di luar dewan sekolah kerana menunggu pengumuman keputusan PMR. (bermaksud Ali berjalan ke sana dan ke sini kerana risau....gelisah..)
2) Ibu mundar-mandir di ruang tamu kerana menunggu abang yang belum balik ke rumah walaupun hari sudah larut malam (bermaksud Ibu berjalan ke sana ke sini @ dalam ruang lingkup bilik tamu kerana risau/gelisah menunggu abang)
3) Dia ulang-alik/bolak-balik dari rumah ke sekolah pada setiap hari (maksudnya pergi dan balik ke sekolah/rumah pada setiap hari)
4) Perasaannya bolak-balik kerana dia tidak tegas dalam membuat keputusan (maksudnya asyik memikirkan sesuatu sama ada betul atau salah kerana kurang tegas...lebih kurang seperti "serba-salah" atau tidak yakin)
Saya berharap penjelasan ini membolehkan pelajar untuk memahami ketiga-tiga patah perkataan tersebut dengan lebih mendalam.
Ingatlah ya...kamus menyatakan makna....itu sahaja....kamus tidak dapat mengajar pelajar cara-cara untuk membezakannya mengikut konteks dan juga dari aspek tatabahasa...rujuklah semua sumber yang ada... =)
Nanoteknologi...4/2/13
Istilah "nanoteknologi" ini sebenarnya telah pun lama wujud namun hanya menjadi popular semula pada era hujung tahun 90an. Lantaran itu, banyak pihak yang kurang memahami istilah ini (saya sebenarnya pun hanya memahami 70 peratus...=p ), izinkan saya untuk berkongsi pendapat yang tidak seberapa ini.
Sebabnya banyak pelajar yang menulis pada bahagian permulaan/pengenalan esei mereka seperti:
Pada alaf/era nanoteknologi yang serba.........
Terdapat sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa istilah "nanoteknologi" tersebut tidak sesuai digunakan terutamanya dalam konteks/esei yang melibatkan topik komputer dan telefon bimbit. Jawaban yang diberikan ialah: Komputer dan telefon bimbit merupakan teknologi yang masih dianggap "bersaiz besar", lantas adalah tidak layak untuk dikategorikan sebagai teknologi "nano" tersebut.
Izinkan saya untuk berkongsi ya:
Cuba anda perhatikan telefon bimbit dan komputer ataupun televisyen yang digunakan pada masa sekarang. Ya, memang benar....televisyen masih bersaiz besar - skrin menjadi semakin besar.....komputer pun turut mengalami pelbagai perubahan. Ada komputer atas meja dan komputer riba. Telefon bimbit pun macam-macam juga...ada yang bersaiz sebenar tapak tangan...Ipad lah..Iphone lah..Smartphone lah (apakah perbezaannya??? =p) dan sebagainya.
Cuba perhatikan semua ciptaan ini? Walaupun pada hakikatnya skrin tv menjadi semakin besar...telefon pun lebih kurang sama..namun secara hakikinya....semua alat ini menjadi semakin nipis. Betulkan? Ok.....bagaimanakah peralatan yang bersaiz begitu besar dapat mempunyai "bentuk badan" yang begitu nipis? Contohnya..tv dahulu dengan tv sekarang. TV dahulu..semakin besar skrinnya..semakin besarlah dan lebarlah bahagian di belakangnya..semakin berat..wayar yang banyak dan sebagainya. Telefon bimbit pun sama..semakin panjang dan luas permukaan..semakin lebarlah telefon tersebut.
Oleh itu, mengapa pula keadaan sekarang bukan sedemikian? Semakin besar skrin tv..semakin nipis tv tersebut (ditinjau dan dinilai dari sudut pandangan di sisi). Nay...bukankah ini dipanggil sebagai ciptaan nanoteknologi? Tanpanya kewujudan nanoteknologi..adalah mustahil untuk memasukkan dan memasangkan beribu-ribu komponen elektronik yang kecil dan sempurna ke dalam sesebuah tv, komputer, telefon bimbit dan sebagainya sehingga kita mampu mewujudkan "keajaiban" iaitu mempunyai tv yang berskrin amatlah besar namun mempunyai "bentuk badan" yang nipis.
Itu hanya satu contoh yang mudah sahaja. Cuba anda renung-renungkanlah ya. Oleh itu..jelaslah..dan pada hakikatnya....kita - pada era ini...memang sudah pun bertapak dalam era nanoteknologi....Janganlah menilai sesuatu ciptaan dan mengkategorikannya sebagai "nano" ataupun "bukan nano" hanya berdasarkan saiz luaran.
Oleh itu, pelajar-pelajar janganlah risau sekiranya anda dinilai hanya berdasarkan istilah "nanoteknologi" tersebut. Itu satu perkataan sahaja kan? =) Ada banyak lagi perkataan-lain dalam penulisan anda.
*secara umumnya. nanoteknologi merupakan teknologi yang melibatkan sesuatu yang bersaiz amat kecil....bersaiz seni.....memanglah kenyataan bahawa kita belum lagi memiliki ciptaan yang benar-benar bersaiz begitu kecil - mungkin hanya pada alat seperti wayar...???
Berpada-pada...28/1/13
Acap (sering/kerap) kali kita mendengar...anak murid bertanya...adakah wajar..adakah patut untuk menulis esei yang panjang dan berjela-jela?
Jawabannya...
1) Esei yang panjang tidak semestinya baik.....esei yang pendek tidak semestinya buruk..dan begitu jugalah sebaliknya.
2) Bagi pelajar yang mempunyai penguasaan bahasa yang baik (struktur ayat, kosa kata, ejaan...dan sebagainya)...bolehlah belajar dan berjinak-jinak..sekiranya berhasrat untuk menulis karangan yang panjang (dengan syarat lain...masa mesti mencukupi - pengurusan masa yang baik - perkara yang penting dalam situasi ini)
3) Bagi pelajar yang kurang yakin pula...pendapat saya yang tidak seberapa ini ialah....kalau tak yakin...baik jangan...cukuplah sekadar memenuhi syarat. Apalah gunanya tulis bermuka-muka surat dan berjela-jela tetapi tidak difahami oleh sesiapa pun...
4) Penggunaan peribahasa/kata-kata hikmat dan sebagainya.......berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa ini..memanglah saya akui bahawa saya pernah melalui situasi - pelajar tidak menggunakan peribahasa...namun mempunyai penguasaan tatabahasa, struktur ayat, kosa kata dan sebagainya...yang baik...tetap juga mendapat keputusan yang amat cemerlang. Oleh itu selalunya pelajar akan bertanya...patutkah atau tidak patut untuk menggunakannya?
Pendapat: Gunakanlah peribahasa sekiranya yakin dan bersesuaian dengan konteks...yakinlah tu. Sekiranya masih "errrr..sana..errr sini"....baik jangan buang masa sahaja (anda mengambil masa selama beberapa minit hanya untuk mengenal pasti sesuatu peribahasa yang sesuai...aduh). Teruskan menulis....secara sederhana namun mempunyai isi dan huraian yang mantap. Namun..masih ada masa kan? Belajarlah peribahasa..bukan sahaja untuk kegunaan sekarang tetapi untuk masa hadapan juga...
5) Penggunaan perkataan bombastik - ahhh...bab ini yang paling kontroversi.
Pendapat yang pertama: Tiada faedahnya menggunakan istilah yang bombastik dan "bom" sana "bom" sini...namun orang yang membaca tidak memahaminya.
Pendapat yang kedua: Ada juga faedah menggunakannya sekali-sekala kerana sekiranya semua orang menggunakan bahasa yang mudah (tiada penggunaan bahasa yang "indah") maka..samalah semua orang. Idea dan huraian pun memang sudah sama...oleh itu...apakah yang dapat membezakan antara Si A dengan Si B? Kosa kata lah....
Pendapat yang ketiga: Kadang-kala nak gunakan perkataan yang dianggap "bom" ini pun ada susah juga....mengapa ya? Mungkin bagi kita..kita anggap perkataan tu biasa saja...bukan istilah yang "bom". Namun bagi orang yang mempunyai penguasaan kosa kata yang cetek....ahhh...sikit-sikit sahaja perkataan/ayat yang "canggih" kita guna...dia terus anggap sebagai perkataan "bom". Walhal kemungkinan perkataan tersebut sudah pun lama digunakan...emmmm...
Pendapat yang keempat: Pernah juga terdengar sesetengah pihak yang mengatakan...jangan guna perkataan "bom" kerana orang yang menyemak malas mahu merujuk pada kamus. Hish...hish..hish..kalaulah begitu kesnya...apalah gunanya ada kamus? Apalah gunanya menjadi pendidik? Walhal saban hari kita menyuruh anak murid kita merujuk kamus...tetapi kita pula???? Tepuk dada, tanya selera.. =p
Pendapat secara umum: Kalau nak guna pun..biarlah berpada-pada...mesti yakin...janganlah mengada-ngada... =)
Kesimpulan:
Sebenarnya, nak atau tak nak....tertakluk pada budi bicara dan juga tahap keyakinan seseorang tersebut. Kalau sangat pasti...sangat yakin...memang sah...memang boleh..apalah salahnya? Mencuba sebelum "memasuki medan peperangan yang sebenar" dan selepas tu mengetahui kelemahan atau kekurangan sendiri dan terus membaikinya..itulah cara untuk mencapai kecemerlangan dan mengenali diri. Pada hemat saya...berilah peluang kepada anak murid untuk mencuba..."bersinar" dan "menggilap" diri mereka. Yang penting..jangan pula "membuat eksperimen" dalam "medan peperangan" yang sebenar.
Bukalah Minda untuk Menerima Perubahan...22/1/13
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk "melancarkan" satu laman yang baru dalam blog ini lantaran tidak sanggup untuk melihat dan mendengar akan pelbagai isu kecelaruan yang berlaku. Tidaklah saya berani mengatakan bahawa BM saya adalah yang terbaik..kerana "Saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan". Namun sebagai seorang insan yang digelar sebagai "pendidik" dan "pelajar"...buka-bukalah minda kita untuk menerima pembaharuan kerana sekiranya tiada pembaharuan maka ilmu tidak akan berkembang....
Ok lah..untuk hari ini..izinkan saya untuk berbincang tentang:
1) Ungkapan "HAL INI DEMIKIAN KERANA"....
Akhir-akhir ini..banyak pihak yang membincangkan isu penggunaan ungkapan ini. Ada yang mengatakannya tidak gramatis lagi, ada yang mengatakannya gramatis dan layak digunakan secara umum ada pula yang serba-salah. Apakah jawapannya?
Sebenarnya..ungkapan "hal ini demikian kerana" sudah dianggap sebagai KURANG SESUAI DAN TIDAK GRAMATIS kerana... (izinkan saya untuk memetik kata-kata Tok Guru Maha Agung..Cikgu Abdul Ghalib Yunus @ Munsyi Dewan daripada blognya http://agy7500.blogspot.com/2009/02/siri-119-hal-ini-demikian-kerana.html
Dalam satu perbincangan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang lalu, iaitu semasa sesi pemurnian Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga kali kedua, panel penulis telah membuat persetujuan bahawa ungkapan "Hal ini demikian kerana..." tidak lagi gramatis. Ketidakgramatisan ini berpunca daripada keputusan untuk memasukkan unsur adverba dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Oleh sebab adverba dimasukkan sebagai kata tugas, maka adverba tidak boleh menjadi inti dalam frasa subjek atau predikat. Kehadiran adverba hanyalah membawa tugas tertentu dalam ayat. Oleh itu, ungkapan "Hal ini demikian kerana..." perlulah diubah seperti berikut:
1) Hal ini berlaku demikian kerana....
2) Perkara ini terjadi demikian kerana...
3) Hal ini dikatakan demikian kerana...
Dengan berdasarkan ayat-ayat di atas, kata adverba "demikian" bertugas sebagai penerang kepada kata kerja "berlaku", "terjadi", "dikatakan" dan sebagainya.
Kepada guru-guru sekolah, harap terimalah perubahan ini sebagai satu daripada perkembangan bahasa Melayu. Janganlah menghukum pelajar jika mereka masih menggunakan ungkapan " Hal ini demikian kerana...." Untuk mendidik pelajar dan masyarakat tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul, kita hendaklah menggunakan pendekatan yang bijaksana dan rasional
Posted by agy 7500 at 7.29 am (Sunday, February 1, 2009)
Ah...jelaskan? Nampaknya perubahan ini sudah pun berlaku pada tahun 2009, namun malangnya masih wujud lagi sesetengah pihak yang menggunakan ungkapan "hal ini demikian kerana".....oleh itu, kepada semua...buka-bukalah minda untuk pembaharuan ini demi kemajuan diri... =)
2) Kata ganda....Simpulan bahasa....
Kata majmuk seperti guru besar, ketua menteri dan sebagainya sekiranya digandakan/dijamakkan (plural) akan menjadi guru-guru besar, ketua-ketua menteri dan sebagainya.
Namun untuk simpulan bahasa seperti anak emas....ah....yang ini TIDAK BOLEH DIGANDAKAN.
Contoh:
Anak emas = anak emas (/)
Anak emas = anak-anak emas (x)
Anak emas = anak emas - anak emas (x)
http://agy7500.blogspot.com/2010/11/siri-496-anak-emas-atau-anak-anak-emas.html
3) Pengiraan perkataan
Istilah seperti "di tepi"...."di sana"....semua ini dianggap sebagai SATU PATAH PERKATAAN.
Contoh:
Di tepi (1 patah perkataan)
Di sana (1 patah perkataan)
Di tepi pagar (2 patah perkataan)
http://agy7500.blogspot.com/2009/01/panduan-mengira-perkataan.html
Jelaskan? Ah..sama-samalah kita belajar ya. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. =)